The Predator Memulakan Pengambaran Pada Oktober 2018

253
views

predator-shane-black-2018-movie

Pengarah filem The Predator, Shane Black dikatakan masih menyembunyikan sebarang berita mengenai francais filem terbarunya itu. Apabila ditanya mengenai perkembangan terkini filem tersebut, beliau hanya mendedahkan sedikit sahaja perkembangan terkini mengenai filem arahannya itu.

Shane Black yang pernah mengarahkan filem Lethal Weapon dan Iron Man 3 hanya mendedahkan mengenai penglibatan aktor Arnold Schwarzenegger dalam filem tersebut dan terbaru memberitahu kepada wartawan yang pengambaran projek terbarunya itu akan bermula pada bulan Oktorber tahun ini.

Beliau bercakap mengenai perkembangan filemnya kepada AFP.

“To the best of my knowledge, the train is rolling. It took some convincing because they’ve been putting out these movies all along with a $50-60 million budget, and they all had a guaranteed return. But there was never the sense that it was an event picture. It was more like ‘I understand another Predator is coming out — maybe we’ll see it maybe we won’t.’”

Shane Black yang pernah melakokan wataknya bersama Arnold Schwarzenegger dalam filem pertama Predator sebagai radioman, Rick Hawkins berharap filem terbarunya ini mendapat status blockbuster yang mana filem ini tidak pernah mendapat status tersebut.

Tanpa mendedahkan maklumat lanjut mengenai filem ini, Shane Black berharap, ianya dapat menambat hati penonton berbanding dengan filem-filem francais Predator sebelum ini.

Filem The Predator dijangka akan ditayangkan pada 2 Mac 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here