
Drama SBS The Penthouse terus mengukuhkan kedudukannya menjelang episod finale.
Menurut Nielsen Korea, episod 4 Januari The Penhtouse (episod 20) telah merekodkan purata rating sebanyak 20.4 dan 23. 8 peratus, rating yang hampir sama dengan episod sebelumnya, dan menghampiri rekod peribadi drama tersebut iaitu 24 peratus.
Musim pertama The Penthouse berlangsung selama 21 episod. Musim terbaru akan keudara dalam slow waktu yang berbeza iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, dan akan keudara selama 12 episod. Tarikh tayangan masih belum didedahkan.
Sementara itu di KBS, Royal Secret Agent terus mengekalkan julat rating sebanyak 5 peratus dengan episod terbaru telah mencatatkan skor sebanyak 5.7 dan 5.0 peratus.
Akhir sekai di tvN, drama Awaken telah merekodkan purata rating sebanyak 4.790 peratus, peningkatan berbanding episod minggu lalu.