Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse” Terus Kuasai Drama Isnin-Selasa

The Penthouse terus mendahului drama malam Isnin-Selasa. 

Menurut Nielsen Korea, episod terbaru drama SBS itu merekodkan purata rating sebanyak 10.4 peratus dan 14.5 peratus, hampir menyamai rekod episod sebelumnya iaitu sebanyak 10.3 dan 14.5 peratus, yang juga rating tertinggi setakat ini.


The Penthouse adalah kisah wanita yang berusaha untuk mencapai matlamat mereka memasuki masyarakat tinggi dengan menjadi “ratu” di penthouse tingkat 100 di Gangnam, yang merupakan puncak kejayaan di matanya. Drama ini juga akan menyentuh tentang wanita yang tidak mempunyai pilihan selain menjadi penjahat untuk melindungi diri sendiri.

Drama MBC, Kairos merekodkan rating sebanyak 3.3 dan 3.0 peratus, dan drama tvN, Birthcare Center merekodkan rating sebanyak 3.292 peratus. 

Akhir sekali, drama MBN My Dangerous Wife merekodkan purata rating 2.318 peratus, penurunan yang ketara berbanding episod minggu lalu, yang mencatatkan rekod peribadi dengan rating sebanyak 3.403 peratus.

Related posts

Pelakon “Itaewon Class,” “Love In The Moonlight,” & “The Sound Of Magic” Bersatu Dalam Poster Untuk Rancangan Varieti Baharu

Zulaikha

“How Do You Play?” No. 1 Dalam Ranking Reputasi Jenama Rancangan Variety Untuk Bulan Ogos

Zulaikha

“Emergency Declaration” Lepasi 1 Juta Penonton Dalam Tempoh Kurang 4 Hari

Zulaikha

“Hansan: Rising Dragon” Berjaya Lepasi 4 Juta Penonton

Zulaikha

“Alchemy of Souls” Akan Berehat Seminggu

Zulaikha

Confidential Assignment 2: Yoo Hae Jin Kembali Sebagai Rakan Sekerja Hyun Bin Dalam Gambar Terbaru

Zulaikha

Leave a Comment