Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse” Sekali Lagi Cipta Rekod Peribadi, “Royal Secret Agent” Catat Peningkatan Pada Episod Ke-2

The Penthouse terus mendominasi slot petang drama Isnin-Selasa.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod 22 Disember telah merekodkan purata rating sebanyak 19.1 dan 24.0 peratus, sekaligus mencipta rekod terbaru, mengatasi rating 23.7 peratus yang pernah dicapai episod sebelumnya.

Selepas bermula baik, drama terbaru KBS Royal Secret Agent menyaksikan peningkatan pada episod kedua. Siaran perdana yang lalu telah mencatatkan rating sebanyak 5.0 peratus, dan episod terbaru merekodkan rating sebanyak 5.5 peratus dan 5.8 peratus.

Royal Secret Agent, yang sebelum ini dikenali sebagai Secret Royal Inspector, dibintangi Myung Soo, Kwon Nara dan Lee Yi Kyung. Ia merupakan drama sejarah mengenai inspektor rahsia kerajaan pada zaman dinasti Joseon yang menyamar di wilayah untuk membawa keadilan, membongkar rasuah, dan menyelesaikan masalah rakyat.

Sementara itu di MBC, drama Kairos berakhir dengan rating sebanyak 3.3 peratus, hampir menyamai rating tertinggi yang dicatatkan drama tersebut iaitu sebanyak 3.7 peratus. 

Drama tvN, Awaken menyaksikan sedikit peningkatan berbanding episod sebelumnya dengan rating sebanyak 4.103 peratus. Akhir sekali di JTBC, Live on telah merekodkan rating sebanyak 0.6 peratus.

Related posts

Penampilan Pertama Jung Woo Sung Berjaya Naikkan Rating “Delayed Justice”

Kakimuvee

Filem Sci-Fi “Space Sweepers” Lakonan Song Joong Ki & Kim Tae Ri Dedah Poster Terbaru

Zulaikha

“True Beauty” Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Park Shin Hye Menjadi Pahlawan Berani Dalam Gambar Terbaru “Sisyphus: The Myth”

Zulaikha

Lee Da Hee Bertukar Menjadi Detektif Dalam Drama Terbaru tvN “L.U.C.A.”

Zulaikha

Layla Majnun is Coming to Netflix in February

Isqandar

Leave a Comment