Slot Asia

The Penthouse Kekal Mendahului Walaupun Catat Penurunan, My Dangerous Wife Cipta Rekod Peribadi

Views

The Penthouse terus mendahului rating dalam slot waktunya!

Menurut Neilsen Korea, episod terbaru drama SBS itu merekodkan rating penonton sebanyak 9.6 peratus dan 12.9 peratus, sedikit penurunan berbanding episod minggu lalu yang mencatatkan rating 10.8 peratus dan 13.9 peratus. Ini juga kali pertama drama itu tidak mencatat rating tertinggi sejak episod pertamanya. 

Drama JTBC 18 Again merekodkan rating sebanyak 2.684 peratus, sedikit penurunan berbanding episod minggu lalu. Drama MBN, My Dangerous Wife memperlihatkan peningkatan berbanding episod minggu lalu. Episod terbaru My Dangerous Wife mencatatkan rating tontonan sebanyak 3.357 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut.

Drama tvN, Birthcare Center merekodkan rating 3.031 peratus, penurunan berbanding episod minggu lalu, manakala drama Kairos tidak keudara di MBC disebabkan siaran perlawanan baseball. 

Sumber: Soompi

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares