Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse” Drama Paling Popular, Park Eun Suk Duduki Tangga Pertama Dalam Senarai Top 10

Drama SBS The Penthouse turut menduduki tangga pertama dalam senarai drama yang paling menarik minat penonton.

Untuk minggu ketiga berturut-turut, drama hit itu berjaya menduduki tangga teratas drama mingguan Good Data Corporation yang menghasilkan banyak bualan. Syarikat ini menentukan kedudukan setiap minggu dengan mengumpulkan data dari artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video, dan media sosial mengenai drama yang sedang disiarkan dan yang akan datang.

The Penthouse kekal no. 1 untuk minggu 7 Disember hingga 13 Disember, dengan drama tvN True Beauty naik ke tangga ke-2. Drama OCN The Uncanny Counter dan tvN, Mr. Queen mengikuti di belakang di tempat ketiga dan keempat.

Pelakon-pelakon The Penthouse juga mendominasi ranking pelakon drama paling popular minggu ini, dengan menguasai dua tempat teratas dalam senarai dan meraih lima tempat teratas dalam senarai top 10. 

Ranking Park Eun Suk naik ke tangga pertama diikuti Lee Ji Ah di kedudukan kedua. Sementara itu, Kim So Yeon berada di tempat ketujuh manakala Eugene dan Kim Joon berada di kedudukan kelapan dan kesembilan. 

Pelakon True Beauty juga membuat persembahan yang kuat dalam senarai minggu ini dengan pelakon Moon Ga Young di tangga ketiga dan Cha Eun Woo di tangga kelima. Shin Hye Sun, pelakon wanita utama dalam drama Mr. Queen, menduduki tangga keempat, sementara Kim Jung Hyun berada di kedudukan sepuluh. Pelakon Jo Byeong Gyu dari The Uncanny Counter naik ke tangga keenam untuk minggu ini.

Berikut adalah drama paling popular untuk minggu kedua Disember:

  1. BS’s “The Penthouse”
  2. tvN’s “True Beauty”
  3. OCN’s “The Uncanny Counter”
  4. tvN’s “Mr. Queen”
  5. JTBC’s “Hush”
  6. JTBC’s “Live On
  7. MBC’s “Kairos
  8. KBS 2TV’s “Homemade Love Story
  9. KBS 2TV’s “A Man in a Veil
  10. SBS’s “Delayed Justice

Senarai top 10 pelakon paling popular untuk minggu kedua Disember:

  1. Park Eun Suk (“The Penthouse”)
  2. Lee Ji Ah (“The Penthouse”)
  3. Moon Ga Young (“True Beauty”)
  4. Shin Hye Sun (“Mr. Queen”)
  5. Cha Eun Woo (“True Beauty”)
  6. Jo Byeong Gyu (“The Uncanny Counter”)
  7. Kim So Yeon (“The Penthouse”)
  8. Eugene (“The Penthouse”)
  9. Uhm Ki Joon (“The Penthouse”)
  10. Kim Jung Hyun (“Mr. Queen”)

Sumber: Soompi

Related posts

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Leave a Comment