
Drama SBS The Penthouse kembali bersiaran dengan rating tertinggi.
The Penthouse tidak bersiaran pada 17 November yang lalu kerana memberi laluan kepada siaran sukan. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru merekodkan rating penonton sebanyak 11.1 peratus dan 15.5 peratus. Ini pertama kali drama tersebut melepasi rating 15 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi.
The Penthouse adalah kisah wanita yang berusaha untuk mencapai matlamat mereka memasuki masyarakat tinggi dengan menjadi “ratu” di penthouse tingkat 100 di Gangnam, yang merupakan puncak kejayaan di matanya. Drama ini juga akan menyentuh tentang wanita yang tidak mempunyai pilihan selain menjadi penjahat untuk melindungi diri sendiri.
Di MBN, drama My Dangerous Wife merekodkan rating 3.040 peratus, peningkatan dari episod minggu lalu. Manakala drama tvN Birthcare Center merekodkan purata rating sebanyak 3.628 peratus, sedikit penuruan berbanding rating minggu lalu.
Drama MBC Kaios tidak bersiaran semalam kerana memberi laluan kepada siaran sukan Baseball. Sebaliknya, MBC mengumumkan, Kairos akan menayangkan dua episodnya pada 24 Novmber secara berturut-turut