Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse” Akhiri Musim Pertama Dengan Rating Tertinggi!

Drama popular SBS The Penthouse mengakhiri musim pertama dengan rating tertinggi!

Menurut Nielsen Korea, musim finale drama tersebut telah merekodkan purata rating sebanyak 23.6 dan 28.8 peratus, peningkatan mendadak dari rekod rating 24.0 peratus yang pernah dicatatkannya drama itu.

Sejak ditayangkan pada Oktober tahun lalu, The Penthouse terus menguasai slot drama Isnin-Selasa dengan rating menghampiri 10 peratus. Menjelang Disember, The Penthouse terus membuktikan populariti dikalangan penonton dengan berjaya melepasi rating 20 peratus. 

Episod finale yang bersiaran pada 5 Januari menutup musim pertama dengan rating yang menghampiri 30 peratus.

Sementara itu, drama KBS Royal Secret Agent turut mencatatkan rekod peribadi dengan episod terbaru mendapat skor rating sebanyak 4.9 dan 6.5 peratus, mengatasi pencapaian terbaik iaitu 6.1 peratus.

Di tvN, drama Awaken merekodkan purata rating sebanyak 4.623 peratus, hampir sama dengan episod sebelumnya, manakala di JTBC, Live On tidak bersiaran pada minggu ini. 

Sumber: Soompi

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha