Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse” Akan Memulakan Penggambaran Musim Ketiga Tidak Lama Lagi

Drama kegemaran ramai The Penthouse akan memulakan penggambaran musim ketiga pada 27 April ini. Pekara tersebut disahkan oleh sumber dari pasukan produksi, “Kita akan memulakan penggambaran ‘The Penthouse 3’ pada 27 April”.

The Penthouse 2 berakhir pada 2 April dengan jumlah tiga belas episod. Pelakon dan kru berehat tiga minggu sebelum mengadakan pembacaan skrip pada 22 April.

Musim kedua berakhir dengan Logan Lee (Park Eun Suk) mengalami kemalangan letupan tepat di depan mata Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah’s). Selain itu, ia memperkenalkan dua watak baru: Joon Gi (On Joo Wan), yang duduk di sebelah Logan Lee di pesawat, dan Yoo Dong Pil, suami Kang Ma Ri (Shin Eun Kyung) dan bapa Yoo Jenny (Jin Ji Hee).

Plot musim ketiga dikatakan lebih hebat berbanding jalan cerita pada dua musim pertama, dan watak-wataknya akan menjadi lebih kusut daripada sebelumnya. Penonton boleh menantikan pengembaraan baru yang menarik ketika drama memasuki musim baru.

The Penthouse 3 mensasarkan tayangan pada Jun ini.

Sumber: Soompi

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Rating ‘Jirisan’ Meningkat, ‘Chimera’ Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Pergi Ke Bulan Pada Krismas Ini dengan THE SILENT SEA, Dibintangi Gong Yoo & Bae Doona

Kakimuvee

Leave a Comment