Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 3” Ungguli Drama Paling Popular Untuk Minggu Ketiga Berturut-Turut; Bintang “My Roommate Is a Gumiho” Dominasi Ranking Pelakon

Drama SBS The Penthouse 3 terus ungguli senarai mingguan drama paling popular untuk minggu ketiga berturut-turut. 

Menurut senarai mingguan Good Data Corporation (via Soompi), The Penthouse 3 kekal no. 1 dalam senarai mingguan drama paling popular pada minggu ketiga Jun, dengan Lee Ji Ah berada di tangga kelapan dan Uhm Ki Joon di tangga kesepuluh dalam senarai mingguan pelakon paling popular. 

Sementara itu, para pelakon My Roommate Is a Gumiho mendominasi ranking pelakon pada minggu ini. Anggota Girl’s Day Hyeri berada di kedudukan teratas dalam senarai mingguan pelakon paling popular untuk minggu kedua berturut-turut, manakala rakan pelakonnya Jang Ki Yong naik ketangga kedua. Drama My Roommate Is a Gumiho turut naik ke tangga ketiga dalam senarai minggu untuk drama. 

Selain itu, empat drama terbaru telah memulakan siarannya pada minggu ini. Drama tvN Hospital Playlist 2 naik ke tangga kedua, sementara drama KBS 2TV At a Distance Spring is Green berada ditangga keempat. Drama JTBC Nevertheless berada di kedudukan keenam dan drama tvN Voice 4 berada di kedudukan kelapan. 

10 drama teratas yang menghasilkan paling banyak bualan pada minggu ketiga bulan Jun adalah seperti berikut:

  1. SBS’s “The Penthouse 3”
  2. tvN’s “Hospital Playlist 2”
  3. tvN’s “My Roommate Is a Gumiho”
  4. KBS 2TV’s “At a Distance Spring is Green”
  5. tvN’s “Doom at Your Service”
  6. JTBC’s “Nevertheless”
  7. tvN’s “Mine”
  8. tvN’s “Voice 4”
  9. KBS 2TV’s “Revolutionary Sisters”
  10. SBS’s “Racket Boys”

10 pelakon teratas yang menghasilkan paling banyak bualan pada minggu ketiga bulan Jun adalah seperti berikut:

  1. Girl’s Day’s Hyeri (“My Roommate Is a Gumiho”)
  2. Jang Ki Yong (“My Roommate Is a Gumiho”)
  3. Song Kang (“Nevertheless”)
  4. Park Bo Young (“Doom at Your Service”)
  5. Park Ji Hoon (“At a Distance Spring is Green”)
  6. Han So Hee (“Nevertheless”)
  7. Seo In Guk (“Doom at Your Service”)
  8. Lee Ji Ah (“The Penthouse 3”)
  9. Lee Bo Young (“Mine”)
  10. Uhm Ki Joon (“The Penthouse 3”)

Related posts

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Leave a Comment