Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 3”, Park Bo Young No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular

Sumber gambar: Soompi

Drama SBS The Penthouse 3 berjaya menguasai kedudukan teratas dalam senarai mingguan drama paling banyak menghasilkan bualan!

Menurut senarai yang diterbitkan oleh Good Data Corporation (via Soompi), drama The Penthouse 3 telah menduduki tempat pertama dalam senarai mingguan drama paling popular untuk minggu pertama bulan Jun. Bukan itu sahaja, para pelakonnya turut berjaya menguasai beberapa tempat dalam senarai mingguan pelakon paling popular. Lee Ji Ah telah menduduki tangga ketiga untuk minggu ini, diikuti Kim So Yeon ditangga keenam dan Uhm Ki Joon di tangga kelapan. 

Sementara itu, bintang Doom at Your Service, Park Bo Young terus menguasai kedudukan pertama dalam ranking mingguan pelakon, manakala rakan pelakonnya, Seo In Guk berada dikedudukan kelima. Doom at Your Service masih kekal ditangga kedua untuk minggu ini. 

Lain-lain drama, My Roommate Is a Gumiho berada dikedudukan ketiga dalam senarai mingguan drama, manakal bintangnya Hyeri dan Jang Ki Yong berada dikedududkan kedua dan keempat dalam senarai pelakon. 

10 drama teratas yang menghasilkan paling banyak buzz pada minggu pertama bulan Jun adalah seperti berikut:

  1. SBS’s “The Penthouse 3”
  2. tvN’s “Doom at Your Service”
  3. tvN’s “My Roommate Is a Gumiho”
  4. KBS 2TV’s “Youth of May”
  5. tvN’s “Mine”
  6. JTBC’s “Law School”
  7. SBS’s “Racket Boys”
  8. KBS 2TV’s “Revolutionary Sisters”
  9. KBS 2TV’s “Sell Your Haunted House”
  10. tvN’s “Hospital Playlist 2”

10 pelakon teratas yang menghasilkan paling banyak buzz pada minggu pertama bulan Jun adalah seperti berikut:

  1. Park Bo Young (“Doom at Your Service”)
  2. Girl’s Day’s Hyeri (“My Roommate Is a Gumiho”)
  3. Lee Ji Ah (“The Penthouse 3”)
  4. Jang Ki Yong (“My Roommate Is a Gumiho”)
  5. Seo In Guk (“Doom at Your Service”)
  6. Kim So Yeon (“The Penthouse 3”)
  7. Lee Bo Young (“Mine”)
  8. Uhm Ki Joon (“The Penthouse 3”)
  9. Lee Do Hyun (“Youth of May”)
  10. Lee Hyun Wook (“Mine”)

Related posts

5 THINGS WE CAN LOOK FORWARD TO IN HOSPITAL PLAYLIST S2

Zulaikha

“Bossam: Steal The Fate” Cipta Rekod Untuk MBN, “Love (Ft. Marriage And Divorce) 2” Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Rendah

Zulaikha

“Sell Your Haunted House” & “Law School” Berakhir Dengan Rating Kukuh

Zulaikha

Park Ju Hyun, Kim Yeo Jin, Kim Do Yoon, & Jung Woong Bintangi Filem Aksi Bertajuk “Drive”

Zulaikha

“Youth Of May” Berakhir Dengan Rating Yang Mantap

Zulaikha

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating