Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Terus Ungguli Senarai Mingguan, Kim Hyun Soo No. 1

Nampaknya, tiada drama yang mampu mengatasi populariti “The Penthouse 2”

Menurut data yang dikeluarkan Good Data Corporation dari 1 hingga 7 Mac, musim kedua “The Penthouse” terus mengungguli senarai mingguan drama yang paling banyak menghasilkan bualan untuk minggu ketiga berturut-turut. Selain itu juga, drama itu turut menguasai senarai minggu pelakon dengan lapan bintangnya tersenarai dalam carta 10 terbaik.

Kim Hyun Soo mengambil-alih kedudukan pertama dari Kim So Yeon, yang jatuh ke tangga ketiga. Choi Ye Bin menduduki tangga kedua manakala Lee Ji Ah dan Eugene berada di kedudukan keempat dan kelima. 

Drama tvN “Vincenzo” kekal ditangga kedua untuk minggu ketiga berturut-turut, manakala bintang utamanya, Song Joong Ki berada dikedudukan kelapan dalam senarai pelakon

Drama KBS “River Where the Moon Rises” naik ketangga ketiga dalam senarai drama. Pelakon kontroversi Ji Soo berada dikedudukan ketujuh, susulan kontroversi membuli dan penggundurannya dari rancangan TV.

10 drama teratas yang menghasilkan paling banyak bualan pada minggu pertama bulan Mac adalah seperti berikut:

  1. SBS’s “The Penthouse 2”
  2. tvN’s “Vincenzo”
  3. KBS2’s “River Where the Moon Rises”
  4. tvN’s “Mouse”
  5. JTBC’s “Sisyphus: The Myth”
  6. JTBC’s “She Would Never Know”
  7. JTBC’s “Beyond Evil”
  8. KBS2’s “Homemade Love Story”
  9. tvN’s “L.U.C.A.: The Beginning”
  10. KBS’s “No Matter What”

10 pelakon teratas untuk minggu ini adalah seperti berikut:

  1. Kim Hyun Soo (“The Penthouse 2”)
  2. Choi Ye Bin (“The Penthouse 2”)
  3. Kim So Yeon (“The Penthouse 2”)
  4. Lee Ji Ah (“The Penthouse 2”)
  5. Eugene (“The Penthouse 2”)
  6. Yoon Jong Hoon (“The Penthouse 2”)
  7. Ji Soo (“River Where the Moon Rises”)
  8. Song Joong Ki (“Vincenzo”)
  9. Han Ji Hyun (“The Penthouse 2”)
  10. Uhm Ki Joon (“The Penthouse 2”)

Sumber: Soompi

Related posts

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

Leave a Comment