Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Terus Kuasai Rating Hari Minggu, “Revolutionary Sisters” Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Atas 20%

Drama 100 episod “Revolutionary Sisters” memulakan episod pertama dengan langkah kanan.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), drama misteri thiller, romantik komedi itu membuka tayangannya dengan rating atas 20 peratus, iaitu 20.3 dan 23.5 peratus untuk dua bahagiannya. Rating tersebut mengatasi episod perdana “Homemade Love Story”, yang sebeum ini mengisi slot tayangan.

“Revolutionary Sisters” merupakan drama misteri thriller dan komedi yang mengisahkan kesemua ahli keluarga menjadi suspek selepas ibu mereka mati ketika dalam proses perceraian. Lee Chul Soo (Yoon Joo Sang) adalah ketua keluarga, dan tiga anak perempuannya adalah Lee Kwang Nam (Hong Eun Hee), Lee Kwang Shik (Jeon Hye Bin), dan Lee Kwang Tae (Go Won Hee).

Sementara itu, drama hit “The Penthouse 2” kekal popular dikalangan penonton dengan episod terbaru mencatatkan purata rating sebanyak 19.9 peratus dan 24.8 peratus. “The Penthouse 2” sebelum ini berjaya mengekalkan status drama yang paling banyak ditonton pada Sabtu malam.

Di rangkaian TV kabel, drama JTBC “Beyond Evil” mencapai rating tertinggi setakat ini, apabila episod kelapan merekodkan penilaian sebanyak 5.4 peratus.

Drama tvN “Vincenzo” mencatatkan purata rating sebanyaj 9.2 peratus, manakala drama TV Chosun “Love (ft. Marriage and Divorce)” mengakhiri siarannya dengan rating 8.4 peratus. Akhir sekali, drama OCN “Times” merekodkan purata rating sebanyak 1.5 peratus untuk episod terbaru.

Related posts

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

Isqandar

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

Zulaikha

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha