Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Terus Cipta Rekod!, “Vincenzo” Catat Penurunan

Drama SBS “The Penthouse 2” mencatatkan satu lagi rekod peribadi!. Pada 6 Mac, musim kedua drama popular itu berjaya meneruskan rentaknya untuk mendapat lebih banyak penonton bagi setiap episod baharu.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod keenam “The Penthouse 2” memperoleh purata rating sebanyak 22.4 peratus dan 26.9 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus menguasai tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran, dan mencatatkan satu lagi rekod peribadi untuk drama ini.

Drama “The Penthouse 2” turut mencapai penilaian tertinggi dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun dengan purata rating sebanyak 12.3 peratus. 

Selepas mencatatkan rating dua angka pada minggu lalu, drama tvN “Vincenzo” menyaksikan sedikit penurunan pada episod terbaru dengan purata rating sebanyak 9.7 peratus. Sementara drama TV Chosun, “Love (ft. Marriage and Divorce)” mencatatkan purata rating sebanyak 8.3 peratus.

Turut menyaksikan penurunan adalah drama OCN, “Times” yang mencatatkan purata rating sebanyak 1.6 peratus. Akhir sekali, episod terbaru drama JTBC, “Beyond Evil” merekodkan purata rating sebanyak 4.4 peratus.

The Penthouse ditetapkan di apartment penthouse 100 tingkat yang mewah, dan musim pertama menampilkan tiga pelakon wanita sebagai watak utama: “ratu” penthouse Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), “prima donna” Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia masyarakat tinggi.

Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. 

Dia berusaha untuk mencabar penjahat ini dengan caranya sendiri, cara anti-hero. Song Joong Ki kembali ke layar kecil untuk pertama kalinya sebagai anti-hero utama, Vincenzo. Di samping Song Joong Ki, aktres Jeon Yeo Bin mengambil peranan sebagai peguam wanita yang keras kepala dan cekal bernama Hong Cha Young.

Love (ft. Marriage and Divorce) dibintangi Sun Hooon, Lee Tae Gon, Park Joo Mi dan ramai lagi itu, mengikuti masalah tiga pasangan suami isteri yang berada di tahap berbeza dalam hidup mereka. 

Times adalah drama misteri politik “time warping” yang mengisahkan Seo Jung In (Lee Joo Young), yang berhubung dengan wartawan Lee Jin Woo (Lee Seo Jin) – yang berada lima tahun di masa lampau – melalui panggilan telefon. Seo Jung In menemui kebenaran yang berbahaya ketika dia berusaha mencegah kematian ayahnya Seo Gi Tae (lakonan Kim Young Chul), yang juga merupakan presiden Korea Selatan. 

Beyond Evil adalah drama psikologikal thriller yang dibintangi Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun, dua lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja dan melanggar undang-undang untuk memburu pembunuh bersiri. Drama ini diarahkan oleh Shim Na Yeon (Moment of Eighteen) dan ditulis Kim Soo Jin (Mad Dog).

Related posts

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

Isqandar

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

Zulaikha

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha