Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Terus Cipta Rekod Peribadi, Rating “Vincenzo” Menurun


Drama SBS “The Penthouse 2” terus mencatatkan rating tertinggi!. Pada 27 Februari, musim kedua drama hit itu meneruskan prestasi yang cukup baik dengan mencatatkan satu lagi rating tertinggi setakat ini!.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod keempat “The Penthouse 2” merekodkan purata rating sebanyak 18.8 peratus dan 24.0 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus dengan mudah mendominasi slot waktunya di semua saluran, dan mencipta satu lagi rekod peribadi rancangan itu. 

Selain itu juga, “The Penthouse 2” turut menyaksikan peningkatan rating dikalangan demografi utama berusia 20 hingga 49 tahun dengan mencatatkan purata skor sebanyak 10.5 peratus.

Sementara itu, drama tvN “Vincenzo” kekal kukuh untuk episod ketiga, menduduki tempat pertama dalam slot waktunya di semua saluran kabel walaupun menyaksikan sedikit penurunan jumlah penonton. Episod terbaru drama tersebut mencatatkan penilaian purata sebanyak 8.1 peratus.

Di TV Chosun, drama “Love (ft. Marriage and Divorc)” merekodkan purata rating sebanyak 8.2 peratus untuk episod terbaru, manakala drama JBTC “Beyond Evil” kekal stabil dengan purata rating sebanyak 4.2 peratus. Episod ketiga drama “Times” telah merekodkan purata rating sebanyak 1.6 peratus. 


Akhir sekali di KBS 2TV, drama “Homemade Love Story” berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai drama yang paling banyak ditonton pada Sabtu malam dengan purata rating sebanyak 23.8 peratus dan 28.5 peratus untuk dua bahagiannya. 

Sumber: Soompi


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee