Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Rampas Kedudukan Pertama Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular

“The Penthouse 2” merampas kedudukan pertama dalam senarai mingguan drama yang paling banyak menghasilkan bualan, sementara para wanita Hera Palace kembali berada di kedudukan teratas di kalangan para pelakon!

Good Data Corporation telah berkongsi kedudukan drama dan para pelakon yang telah menghasilkan banyak bualan untuk minggu 15 Februari hingga 21 Februari. Senarai disusun berdasarkan analisis artikel berita, catatan blog, komuniti dalam talian, video, dan catatan media sosial mengenai 18 drama yang sedang ditayangkan atau akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sementara “The Penthouse 2” berada ditakhta untuk senarai drama, empat pelakonnya menguasai kedudukan 10 teratas dengan Kim So Yeon ditangga pertama, diikuti Eugene ditangga kedua, Yoon Jong Hoon ditangga kelima dan Uhm Ki Joon ditangga keenam.

Kedudukan kedua drama diisi drama tvN “Vincenzo”, dengan bintangnya, Song Joong Ki ditangga ketiga dalam senarai pelakon. Sementara itu, drama terbaru JTBC “Sisyphus: The Myth” menguasai tangga ketiga dengan dua bintangnya, Cho Seung Woo dikedudukan keempat manakala Park Shin Hye ditangga kesembilan.

10 drama teratas yang menghasilkan paling banyak ‘buzz’ pada minggu ketiga bulan Februari adalah seperti berikut:

  1. The Penthouse 2”
  2. “Vincenzo”
  3. “Sisyphus: The Myth”
  4. “Beyond Evil”
  5. “River Where the Moon Rises”
  6. “She Would Never Know”
  7. “Hello, Me!”
  8. “Love (ft. Marriage and Divorce)”
  9. “Homemade Love Story”
  10. “Miss Monte-Cristo”

Berikut ada 10 pelakon teratas untuk minggu ini. 

  1. Kim So Yeon (“The Penthouse 2”)
  2. Eugene (“The Penthouse 2”)
  3. Song Joong Ki (“Vincenzo”)
  4. Cho Seung Woo (“Sisyphus: The Myth”)
  5. Yoon Jong Hoon (“The Penthouse 2”)
  6. Uhm Ki Joon (“The Penthouse 2”)
  7. Kim So Hyun (“River Where the Moon Rises”)
  8. Shin Ha Kyun (“Beyond Evil”)
  9. Park Shin Hye (“Sisyphus: The Myth”)
  10. SF9’s Rowoon (“She Would Never Know”)

Sumber: Soompi

Related posts

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular Untuk Minggu Ke-4 Berturut-Turut

Zulaikha

Leave a Comment