Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

The Penthouse 2 Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Tinggi

Dengan bermulanya “The Penthouse 2”, darah para penonton mula mencanak tinggi. Begitu juga dengan penilaiannya selepas drama yang dinantikan itu memulakan episod pertamanya semalam. 

Pada 19 Februari, drama hit “The Penthouse” kembali dengan musim terbaru yang dinanti-nantikan dalam slot masa yang baru. Jika musim pertama ditayangkan pada hari Isnin dan Selasa, musim terbaru menyaksikan ia menduduki slot jam 10 malam (waktu Korea Selatan) pada hari Jumaat dan Sabtu. 

Walaupun terdapat perubahan pada watk tayangan, “The Penthouse 2” masih mampu mencatatkan rating yang mengagumkan untuk episod pertamanya. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), tayangan perdana drama tersebut mencatatkan purata rating sebanyak 16.7 peratus dan 19.1 peratus untuk dua bahagiannya. 

Sementara itu, drama terbaru JTBC “Beyond Evil” turut bermula baik. Drama psikologikal thriller itu telah mencatatkan purata rating sebanyak 4.5 peratus. 

Advertising

The Penthouse ditetapkan di apartment penthouse 100 tingkat yang mewah, dan musim pertama menampilkan tiga pelakon wanita sebagai watak utama: “ratu” penthouse Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), “prima donna” Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia masyarakat tinggi. 

Beyond Evil adalah drama psikologikal thriller yang dibintangi Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun, dua lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja dan melanggar undang-undang untuk memburu pembunuh bersiri. Drama ini diarahkan oleh Shim Na Yeon (Moment of Eighteen) dan ditulis Kim Soo Jin (Mad Dog).

Advertising

Related posts

So Ji Sub Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Jenayah “Model Family” Terbitan Netflix

Zulaikha

Netflix Dedah Gambar “The Silent Sea” Yang Menampilkan Gong Yoo, Bae Doona, & Lee Joon

Isqandar

“The Penthouse 2” Rampas Kedudukan Pertama Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular

Zulaikha

Netflix Lancar Trailer Pertama “Love Alarm” Musim Kedua

Zulaikha

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo

Zulaikha

Love Alarm Season 2 Character Posters Released

Zulaikha

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman