Selepas bermula baik, drama terbaru SBS “The Penthouse 2” mula menunjukkan taringnya apabila berjaya melepasi angka 20 peratus dalam penilaian penonton untuk episod kedua. Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru dari popular itu mencatatkan purata rating sebanyak 15.1 peratus dan 20.4 peratus untuk dua bahagiannya.
Sementara itu, drama terbaru Song Joong Ki “Vincenzo” telah membuka rancanganya dengan rating positif. Episod pertama drama tersebut telah mencatatkan purata rating sebanyak 7.7 peratus dan kemuncaknya sebanyak 9.5 peratus, sekaligus mencapai rating tayangan perdana ketiga tertinggi bagi mana-mana drama hujung minggu dalam sejarah tvN.
“Vincenzo” dibelakang drama “Mr. Sunshine” yang mencapai rating tayangan perdana sebanyak 8.9 peratus, dan “Mr. Queen” yang memulakan episod pertama dengan rating 8.0 peratus.
Drama misteri OCN “Times” turut memulakan tayangannya semalam dengan penilaian 1.6 peratus, manakala drama psikologikal thriller JTBC, “Beyond Evil” mencapai penilaian 3.9 peratus untuk episod kedua.
Drama TV Chosun “Love (ft. Marriage and Divorce)” menyaksikan penurunan dengan rating episod terbaru sebanyak 7.7 peratus. Akhir sekali di KBS 2TV, drama “Homemade Love Story” kekal kukuh dengan purata rating sebanyak 26.0 peratus dan 31.0 peratus untuk dua bahagiannya.
“Vincenzo” menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
Dia berusaha untuk mencabar penjahat ini dengan caranya sendiri, cara anti-hero. Song Joong Ki kembali ke layar kecil untuk pertama kalinya sebagai anti-hero utama, Vincenzo. Di samping Song Joong Ki, aktres Jeon Yeo Bin mengambil peranan sebagai peguam wanita yang keras kepala dan cekal bernama Hong Cha Young.
“Vincenzo” boleh ditonton di platform streaming Netflix.