Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Kekalkan Penguasaan Rating

Menuju ke ‘season finale’, drama SBS “The Penthouse 2” meneruskan penguasaan pada siaran Jumaat dan Sabtu malam.

Pada 19 Mac, drama “The Penthouse 2” kekal menjadi rancangan yang paling banyak ditonton pada slot waktu malam disemua saluran. menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru drama hit itu mendapat penilaian purata sebanyak 20.8 peratus dan 23.6 peratus untuk dua bahagiannya.

Selain itu juga, “The Penthouse 2” turut menunjukkan prestasi baik dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan mencatatkan purata rating sebanyak 10.3 peratus.

Sementara itu di JTBC, drama “Beyond Evil” merekodkan purata rating sebanyak 4.7 peratus untuk episod terbaru. 

The Penthouse ditetapkan di apartment penthouse 100 tingkat yang mewah, dan musim pertama menampilkan tiga pelakon wanita sebagai watak utama: “ratu” penthouse Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), “prima donna” Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia masyarakat tinggi.

Beyond Evil adalah drama psikologikal thriller yang dibintangi Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun, dua lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja dan melanggar undang-undang untuk memburu pembunuh bersiri. Drama ini diarahkan oleh Shim Na Yeon (Moment of Eighteen) dan ditulis Kim Soo Jin (Mad Dog).

Related posts

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

Leave a Comment