Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Dan Bintangnya Terus Dominasi Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular


Drama SBS The Penthouse 2 terus mendominasi senarai drama paling banyak menghasilkan bualan pada minggu ini.

Selepas merekodkan penilaian penonton tertinggi pada episod terbaru, The Penthouse 2 berjaya mengekalkan penguasaannya dalam senarai mingguan drama dan pelakon paling popular untuk minggu keenam berturut-turut.

Berdasarkan data dari 22 Mac hingga 28 Mac yang dikeluarkan Good Data Corporation, The Penthouse 2 kekal di kedudukan pertama, diikuti drama yang telah dibatalkan, Joseon Exorcist, yang naik ke tangga kedua selepas terpalit dengan kontroversi sehingga menyebabkan drama itu terpaksa dibatalkan. 

Barisan pelakon The Penthouse 2 terus mendominasi ranking mingguan pelakon paling popular, dengan menguasai tiga tangga teratas dalam senarai pelakon. Lee Ji Ah kekal ditangga pertama, diikuti Uhm Ki Joon ditangga kedua dan Eugene ditangga ketiga.

Berikut adalah senarai 10 drama teratas yang menghasilkan bualan paling banyak pada minggu keempat bulan Mac:


  1. SBS’s “The Penthouse 2″
  2. SBS’s “Joseon Exorcist”
  3. tvN’s “Vincenzo”
  4. KBS 2TV’s “River Where the Moon Rises”
  5. tvN’s “Mouse
  6. tvN’s “Navillera”
  7. JTBC’s “Beyond Evil”
  8. JTBC’s “Sisyphus: The Myth”
  9. MBC’s “Oh My Ladylord”
  10. KBS 2TV’s “Miss Monte-Cristo”

Berikut adalah senarai 10 teratas pelakon yang paling banyak menghasilkan bualan pada minggu keempat Mac.

  1. Lee Ji Ah (“The Penthouse 2”)
  2. Uhm Ki Joon (“The Penthouse 2”)
  3. Eugene (“The Penthouse 2”)
  4. Song Joong Ki (“Vincenzo”)
  5. Kim So Yeon (“The Penthouse 2”)
  6. Kim Hyun Soo (“The Penthouse 2”)
  7. Park Eun Suk (“The Penthouse 2”)
  8. Lee Seung Gi (“Mouse”)
  9. 2PM’s Taecyeon (“Vincenzo”)
  10. Song Kang (“Navillera”)

Sumber: Soompi


Related posts

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

MOVING Pecah Rekod, Jadi K-Drama Paling Ramai Penonton Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

MASK GIRL Duduki No. 1 Carta Netflix Untuk Rancangan Bukan Bahasa Inggeris

Kakimuvee