
Rating dua drama popular, “The Penthouse 2” dan “Beyond Evil”, meningkat ke tahap tertinggi.
“The Penthouse 2” bukan sahaja berjaya mempertahankan kedudukan teratas dalam slot waktunya, malah turut meneruskan penguasaannya sebagai rancangan paling ramai penonton di semua saluran pada siaran Sabtu malam.
Menurut Neilsen Korea (via Soompi), episod terbaru drama hit itu berjaya mendapat purata rating sebanyak 20.3 peratus dan 26.6 peratus untuk dua bahagiannya. Siaran itu juga mencapai tahap tertinggi iaitu sebanyak 28.6 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi baru untuk rancangan itu.
“The Penthouse 2” turut menunjukkan prestasi baik dikalangan demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun, dengan merekodkan purata rating sebanyak 12.1 peratus.
Sementara itu, drama “Beyond Evil” turut mencapai penilaian tertinggi setakat ini, apabila episod terbaru berjaya mencatatkan purata rating sebanyak 5.5 peratus.
Di tvN, episod terbaru drama mafia “Vincenzo” mencatatkan purata rating sebanyak 9.1 peratus, manakala drama OCN “Times” merekodkan purata rating sebanyak 1.4 peratus.
Akhir sekali, drama terbaru KBS 2TV, “Revolutionary Sisters” kekal kukuh apabila episod ketiganya merekodkan purata rating sebanyak 21.1 peratus dan 25.0 peratus untuk dua bahagiannya.