Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Atasi Rating Tertinggi Yang Dicatatkan Pada Musim Pertama


Drama SBS “The Penthouse 2” sekali lagi berjaya memecahkan rekodnya sendiri.

Menjelang musim akhir pada 2 April nanti, drama popular “The Penthouse 2” berjaya mencapai rating tertinggi setakat ini, serta mengatasi pencapaian terbaik yang pernah dicatatkan pada musim pertama. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), episod terbaru “The Penthouse 2” merekodkan purata rating sebanyak 22.9 peratus dan 29.2 peratus untuk dua bahagiannya, mengatasi rating tertinggi 28.8 peratus yang dicatatkan pada episod terakhir musim pertama. 

Sementara itu, rating drama tvN “Vincenzo” sedikit menurun dengan episod terbaru merekodkan purata rating 9.3 peratus. Episod terbaru drama JTBC, “Beyond Evil” merekodkan purata rating sebanyak 4.3 peratus, manakala drama OCN “Times” mencatatkan purata rating 1.4 peratus.

Episod terakhir “Times” akan keudara pada 28 Mac ini. 


Akhir sekalli, drama terbaru KBS 2TV “Revolutionary Sisters” kekal kukuh dengan purata rating sebanyak 22.2 peratus dan 26.7 peratus untuk dua bahagiannya. 

Jangan lupa saksikan terakhir “The Penthouse 2” pada 2 April jam 9.45 malam di One HD (saluran 393), On Demand dan Astro Go.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee