Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse 2” Akhiri Musim Kedua Dengan Kedudukan Pertama

Sejak memulakan episod pertama, drama SBS The Penthouse 2 telah menguasai kedudukan pertama sehinggalah drama popular itu mengakhiri musim kedua malam semalam. 

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), finale drama hit itu telah merekodkan penilaian penonton sebanyak 21.5 peratus, 25.2 peratus dan 25.8 peratus untuk tiga bahagiannya, sekaligus menjadi program televisyen yang paling banyak ditonton yang disiarkan di semua saluran pada hari Jumaat. 

Sepanjang tayangan 13 episodnya, The Penthouse 2 bukan sahaja mengekalkan status program yang paling banyak penonton pada hari Jumaat dan Sabtu malam, tetapi untuk setiap minggu tayangannya, dia ia juga merupakan miniseri yang paling banyak ditonton di mana-mana saluran sepanjang minggu.

Kejayaan The Penthouse 2 yang berjaya mengekalkan penguasaan rating mendapat respon dari penerbitnya, “”Seperti baru semalam kita memulakan Musim 1, tetapi kita sudah sampai pada akhir musim kedua. Perjalanan ini hanya dapat dilakukan kerana kerja keras dan semangat pelakon dan kru, serta sokongan luar biasa yang kami terima dari penonton.

Mereka turut menambah, “Sila nantikan musim ketiga The Penthouse untuk melihat cerita apa yang akan disajikan”

Sementara itu, drama JTBC Beyond Evil menikmati peningkatan jumlah penonton untuk episod terbaru, dengan merekodkan purata rating sebanyak 5.0 peratus. 

Related posts

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Kim Dong Wook Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Terbaru Mengenai Penggembaraan Masa

Zulaikha

“BACKSTAGE” Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Akan Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Kakimuvee

Drama Korea Baru “Rookie Cops” Akan Diperkenalkan Di Disney+ Hotstar Bulan Ini

Zulaikha

Leave a Comment