Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan


Awal bulan September menyaksikan The Nun 2 memulakan prestasi baik pada minggu pembukaannya dengan mengutip AS$32.6 juta di pasaran domestik AS, menurut Deadline

Kutipan tersebut meletakkan The Nun 2 dibelakang Annabelle: Creation, yang mengutip AS$35 juta dan dihadapan The Curse of La Llorona (AS$26 juta), The Conjuring: The Devil Made Me Do It (AS$24 juta), dan Annabelle Comes Home (AS$20 juta).

Filem pertama yang dikeluarkan 2018 masih memegang rekod kutipan minggu pembukaan tertinggi dalam francais The Conjuring dengan kutipan AS$53.8 juta.

Di pasaran antarabangsa, filem seram itu telah mengutip AS$55 juta, menjadikan jumlah keseluruhan bagi minggu pembukaan AS$88.1 juta. 

The Nun 2 diarahkan oleh Michael Chaves (The Curse of La Llorona, The Conjuring: The Devil Made Me Do It) berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Richard Naing dan Ian Goldberg. 


Menyertai Farmiga dalam sekuel akan datang adalah Jonas Bloquet dan Bonnie Aarons yang kembali meneruskan peranana sebagai Frenchie dan Valak. Pelakon lain terdiri daripada Storm Reid, Anna Popplewell dan Katelyn Rose Downey. 

“1956 – Perancis. Seorang paderi dibunuh. Kejahatan sedang merebak. Sekuel kepada filem popular di seluruh dunia THE NUN akan mengikuti kisah SISTER IRENE ketika dia sekali lagi berhadapan dengan kuasa syaitan VALAK – THE DEMON NUN”


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee