Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

THE NEW MUTANTS Honest Trailer Mengutuk Filem Terakhir X-Men Fox

The New Mutants merupakan filem blockbuster pertama yang ditayangkan di pawagam sewaktu pandemik, tetapi gagal teruk di pentas box offic. Malah, filem terakhir X-Men Fox ini hanya meraih kutipan sekitar $45.9 juta dolar berbanding modal pembikinan diantara $65 hingga $80 juta dolar. 

Kini, The New Mutants perlu mengharapkan kutipan dari penjualan ‘home media’ dan versi digital, dan buat masa ini masih belum ada sebarang perkhabaran mengenai tayangan di Disney+. 

Sementara itu, Screen Junkies telah mengeluarkan Honest Trailer yang sangat kelakar dan tidak segan untuk mengutuk filem adaptasi Komik Marvel itu. Mungkin ada yang suka, dan mungkin ada yang tidak, tetapi The New Mutants telah banyak mengundang kritikan, dan Honest Trailer dibawah pasti membuatkan anda ketawa.

Diadaptasi dari komik Marvel berjudul samafilem terakhir X-Men ini mengisahkan tentang sekumpulan mutant muda yang telah ditahan disebuah hospital yang terasing untuk dijadikan ujikaji psikatrik. Apabila pekara pelik berlaku, abiliti mutant dan persahabatan mereka teruji demi perjuangan untuk keluar dari tempat yang menakutkan itu.

Filem ini dibintangi pelakon seperti Anya Taylor-Joy (Glass), Maisie Williams (Game of Thrones), Charlie Heaton (Stranger Things), Henry Zaga (The Stand) dan Blu Hunt (The Originals) serta Alice Braga (I Am Legend). 

Versi Digital, 4K Ultra HD, Blu-ray dan DVD The New Mutants kini boleh didapati dipasaran.

Related posts

“The Falcon and The Winter Soldier” Dedah Video Panjang Zemo Menari

Isqandar

‘Team Kong vs Team Godzilla’ Dalam Video Featurette “Godzilla vs. Kong”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

Video Rendering 3D ini Menjelaskan Finale ‘Tenet’ Yang Membingungkan.

Kakimuvee

Tom Holland Bertemu Daisy Ridley Dalam Klip Terbaru “Chaos Walking”

Kakimuvee

Ultraman Ribut Bersilat Dalam Episod Ke-2 “ULTRA GALAXY FIGHT: THE ABSOLUTE CONSPIRACY”

Kakimuvee