Berita

THE NEW MUTANTS Diberi Tarikh Baru, Akan Menemui Penonton Ogos Ini

Views

Selepas beberapa kali tertangguh, dan khabar angin bahawa filem ini akan dilancarkan terus ke ‘Video On-Demand’, Disney akhirnya telah memberi tarikh baru filem The New Mutants arahan Josh Boone.

Filem spinoff X-Men ini akan terus ditayangkan di pawagam pada 28 Ogos 2020.

The New Mutants sepatutnya ditayangkan pada April yang lalu, tetapi pandemik COVID-19 memaksa Disney menangguhkan filem ini berserta beberapa filem lain seperti Mulan.

Diadaptasi dari komik Marvel The New Mutants, filem ini mengisahkan tentang sekumpulan mutant muda yang telah ditahan disebuah hospital yang terasing untuk dijadikan ujikaji psikatrik. Apabila pekara pelik berlaku, abiliti mutant dan persahabatan mereka teruji demi perjuangan untuk keluar dari tempat yang menakutkan itu.

The New Mutants dibintangi Anya Taylor-Joy (Glass), Maisie Williams (Game of Thrones), Charlie Heaton (Stranger Things), Henry Zaga (The Stand) dan Blu Hunt (The Originals) serta Alice Braga (I Am Legend), The New Mutant

Tinggalkan Balasan

shares