
Drama The Moon Rising River lakonan Kang Ha Neul dan Kim So Hyun akan memulakan episod pertamanya pada Mac tahun hadapan.
Pada 26 November, penerbit drama mengesahkan bahawa siri KBS itu akan keudara pada Mac selepas finale Secret Royal Inspector. The Moon Rising River sepatutnya ditayangkan lebih awal, tetapi ditunda selepas pelakon pembantu disahkan positif COVID-19, dan memberi kesan kepada jadual penggambaran.
Berdasarkan dari novel Princess Pyeonggang (2010), drama The Moon Rising River menceritakan kisah cinta diantara Pyong Gang (Kim So-Hyun) dan On Dal (Ji Soo).
Pyong Gang adalah seorang puteri dari kerajaan Goguryeo tetapi dibesarkan sebagai askar sebaik sahaja dia dilahirkan. Dia mempunyai cita-cita yang cukup tinggi, iaitu ingin menjadi Raja Goguryeo, tetapi bingu dengan perasaan baru yang dialaminya selepas bertemu dengan On Dal.
Kang Ha Nuel akan membuat penampilan istimewa dalam drama ini sebagai Jeneral On Hyeop, seorang pemimpin yang berkarisma dan mendapat sokongan serta kesetiaan dari orang ramai.
Sumber: Allkpop