Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Meg Raih $141 Juta Dolar Seluruh Dunia


Filem terbaru Warner Bros. Pictures, The Meg berjaya meraih $141 juta dolar seluruh dunia. Filem yang diadaptasikan dari buku tulisan Steve Alten itu berjaya mengutip $44.3 juta dolar di seluruh pasaran domestik Amerika Syarikat, manakala $97 juta dolar lagi dikutip dari 42 buah negara seluruh dunia.

The Meg diarahkan oleh John Turteltaub manakala lakonlayar ditulis oleh Dean Georgaris dan Jon Hoeber & Erich Hoeber. The Meg dibintangi oleh Jason Statham bersama-sama Li Bingbing, Cliff Curtis, Rainn Wilson, Ruby Rose, Winston Chao, Page Kennedy, Jessica McNamee, Ólafur Darri Ólafsson, Robert Taylor, Sophia Shuya Cai dan Masi Oka

Filem seram sains fiksyen ini mengisahkan sepasukan kru daripada program pemantau laut dalam telah menyelam menggunakan kapal selam ke dasar lautan, namun mereka terperangkap apabila diserang oleh makhluk yang disangkakan sudah pupus, iaitu jerung pra-sejarah berukuran 75 kaki yang dikenali sebagai Megalodon. Pakar selam penyelamat Jonas Taylor perlu menyelamatkan mereka tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah berdepan dengan makhluk itu sebelum ini. Kini dia bukan sahaja perlu berdepan dengan ketakutannya sendiri tetapi juga menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Filem The Meg kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan


Related posts

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee