
Nampaknya, desas-desus mengenai penglibatan Rosario Dawson sebagai Ahsoka Tano dalam The Mandalorian musim kedua terjawab. Laman Instagram rasmi Disney+ India secara tidak sengaja memuatnaik gambar yang mengesahkan Rosario Daswon akan memainkan versi live action Ahsoka Tano. Perkongsian tersebut bagaimanapun segera dipadam Disney+ India.
Sebelum ini, Disney dan Lucasfilm tidak menafikan dan tidak mengesahkan penglibatan Dawson, dan pemerhati berpendapat, pihak studio mahu merahsiakan pekara itu bagi memberi kejutan kepada penonton.
Dalam musim kedua, Mandalorian bersama The Child meneruskan perjalanan mereka, menghadapi musuh dan bertemu sekutu ketika melalui galaksi yang penuh bahaya selepas era kejatuhan Galactic Empire
Pedro Pascal memainkan peranan utama sebagai The Mandalorian, dan disertai Gina Carano yang memainkan peranan sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dalam masyarakat; serta Carl Weather sebagai Greef, ketua kumpulan pemburu upahan yang mengupah The Mandalorian untuk menjalankan tugas tertentu.
The Mandalorian telah memulakan episod pertama pada 30 Oktober yang lalu di Disney+.