The Man From U.N.C.L.E. Review

0
484
views

The-Man-from-U.N.C.L.E.-2015-Poster-Wallpapers

The Man From U.N.C.L.E adalah sebuah filem adaptasi dari siri pengintipan popular era 60-an. Mengisahkan dua agen pengintipan dari Amerika dan Kesatuan Soviet yang terpaksa bekerjasama walaupun kedua-dua negara sedang menghadapi perang dingin.

Lakonan Henry Cavill ("Man of Steel") sebagai Napoleon Solo agen pengintipan CIA dari Amerika dan Armie Hammer ("The Social Network") sebagai Illya Kuryakin, seorang agen KGB dari negara Kesatuan Soviet. Mereka berdua terpaksa mengenepikan permusuhan antara kedua-dua negara dalam dalam misi menghalang satu sendikit jenayah terancang yang ingin mengunakan senjata Nuklear untuk menghuru-harakan dunia.

Mereka berdua dibantu dengan seorang wanita yang merupakan anak kepada saintis Jerman untuk menyusup masuk kedalam organisasi penjenayah tersebut dan seterusnya menghalang rancangan jahat mereka dengan segera sebelum terlambat.

Henry-Cavill-Armie-Hammer-Napoleon-Solo-Illya-Kuryakin

Filem The Man From U.N.C.L.E ini juga turut dibintangi oleh Alicia Vikander ("Anna Karenina"), Elizabeth Debicki ("The Great Gatsby"), Jared Harris ("Sherlock Holmes: Game of Shadows"), dan Hugh Grant sebagai Waverly. Lakonlayar filem ini ditulis Guy Ritchie & Lionel Wigram, dimana mereka berdua pernah berkerjasama dalam membikin filem klasik detektif terkenal Sherlock Holmes.

Filem ini boleh dikatakan sangat menarik untuk ditonton, malah ia bagaikan menonton filem Bond dicampurkan dengan filem-filem pop culture era 60-an. Selain itu, prop dan suasana zaman era 60-an yang diterapkan dalam filem ini benar-benar hidup seolah-olah kita sedang berada pada zaman tersebut.

Dari segi penceritaan, Pengarah Guy Ritchie berjaya membuat filem ini nampak menarik ditambah pula komedi-komedi yang diselitkan menyebabkan penonton sentiasa ketawa dan tidak bosan. Jika anda pernah menonton filem Sherlock Holmes arahan beliau, anda harus menonton filem ini. Filem yang tidak terlampau berat, kelakar dan penuh dengan aksi.

Man-from-Uncle-Movie-Alicia-Vikander-Gaby-Teller

Lakonan pelakon juga boleh dikatakan terbaik. Kita boleh nampak perbezaan karakter pelakon Henry Cavill dari seorang Superhero (The Man of Steel) kepada seorang ejen pengintipan yang sangat angkuh, ditambah pula aksi komedi beliau yang sangat bersahaja tetapi kelakar. Henry berjaya membawa karakter beliau dengan baik sekali dalam filem ini.

Lakonan Armie Hammer juga boleh dikatakan agak memuaskan. Beliau yang membawa watak ejen pengintip KGB, berjaya membawa watak tersebut dengan baik walaupun lakonannya sedikit kaku, dan loghat Soviet agak kurang baik sedikit.

Secara keseluruhannya, filem arahan Guy Ritchie ini sangat memuaskan dan juga diulang banyak kali tidak akan bosan untuk menonton. Selain itu, Beliau bukan saja menghasilkan satu filem adapatasi ini dengan baik, malah dapat mengekalkan element-element zaman era 60-an dengan baik untuk tayangan pada zaman ini.

Rating: PG13

Genre: Aksi pengintipan / Komedi
Pengarah: Guy Ritchie
Penulis: Guy Ritchie, Lionel Wigram
Pelakon: Henry Cavill, Armie Hammer, Alicia Vickander, Hugh Grant, Jared Harris, Elizabeth Debicki
Edaran: Warner Bros.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here