Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Little Mermaid: Bintang Filem Dunkirk, Harry Styles Kini Dalam Rundingan Untuk Bawakan Watak Prince Eric

Bintang filem Dunkirk dan bekas ahli kumpulan One Direction , Harry Styles dilaporkan sedang berunding dengan Walt Disney Picutres untuk melakonkan watak Prince Eric dalam filem ‘live action’ terbaru berjudul The Little Mermaid. 

Menurut laporan dari The Hollywood ReporterStyles akan menyertai barisan pelakon filem tersebut yang terdiri daripada  Halle Bailey sebagai Ariel Jacob Tremblay sebagai Flounder, Awkwafina sebagau Scuttle dan pelakon terkenal, Melissa McCarthy yang bakal memainkan watak penjahat filem The Little Mermaid, iaitu Ursula.

The Little Mermaid diarahkan pengarah filem Mary Poppins Returns, Rob Marshall berdasarkan skrip yang ditulis David Magee (Life of Pi, Mary Poppins Returns). Disney juga telah mengambil penulis lagu Lin-Manuel Miranda dan Alan Menken untuk mengabungkan musikal versi lamadan baru dalam filem filem ‘remake’ itu nanti. Kedua-dua penulis lagu itu pernah bergabung dalam filem Mary Poppins Returns. 

Filem animasi The Little Mermaid pernah ditayangkan pada tahun 1989 dan berjaya mengutip lebih $22 juta dolar seluruh dunia dan banyak terjual dalam versi ‘home video’. Animasi tersebut berdasarkan kisah dongeng dari Denmark tulisan Hans Christian Andersen yang menceritakan puteri ikan duyung bernama Ariel yang sanggup meninggalkan dunianya dilaut untuk menjadi manusia.

Setakat ini, tarikh tayangan The Little Mermaid masih belum diumumkan pihak studio.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment