Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Lion King Semakin Hampir Mencatat Kutipan $1 Billion Dolar


Walaupun The Lion King tidak mendapat tempat dihati pengkritik dengan jumlah rating Rottenmatotes sebanyak 55% sahaja, ia tidak menghalang untuk filem ‘live action’ itu mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Pada minggu lalu, filem arahan Jon Favreau itu berjaya menambah $75.5 juta dolar dipasaran domestik Amerika Syarikat dan $142.8 juta dolar dipasaran antarabangsa, menjadikan jumlah kutipan terkini filem tersebut mencecah $962.7 juta dolar seluruh dunia. Jika prestasi baik diteruskan, The Lion King dijangka akan melepasi angka $1 billion dolar pada pertengahan minggu ini.

Sementara itu, filem terbaru Quentin Tarantino berjudul Once Upon a Time in Hollywood mencatatkan kutipan minggu pembukaan sebanyak $40.35 juta dolar, sekaligus mencatatkan kutipan minggu pembukaan paling tinggi dalam karier Tarantino. Sebelum ini, filem Inglorious Basterds‘ telah mencatakan kutipan minggu pembukaan sebanyak $38 juta dolar.

Filem Spider-Man: Far From Home terus mencatatkan peningkatan kutipan tiket apabila berjaya menambah $33.2 juta dolar pada minggu lalu menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $1.037 juta dolar seluruh dunia. Manakala filem Disney / Pixar, Toy Story 4 juga semakin hampir mencatatkan kutipan $1 billion dolar apabila menambah $29.3 juta dolar pada minggu lalu, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $917.9 juta dolar.

Akhir sekali, filem terbitan Paramount Pictures, Crawl terus mencatatkan keuntungan dengan penambahan sebanyak $7.4 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $45.8 juta dolar. Crawl dihasilkan dengan modal pembikinan sebanyak $13.5 juta dolar.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Prekuel “The Lion King”, “Mufasa” Akan Ditayangkan Pada 2024

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd