Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Lion King “Mengaum” Besar, Catat Kutipan $531 Juta Dolar Seluruh Dunia

Filem ‘live action’ terbaru Disney, The Lion King mencatatkan kutipan yang cukup memberangsangkan apabila berjaya meraih $531 juta dolar dalam tempoh 10 hari tayangannya. Dipasaran domestik Amerika Syarikat (AS), The Lion King mencatatkan kutipan sebanyak $185 juta dolar pada minggu pertama tayangan sekaligus menjadi filem terbitan Walt Disney Studios paling tinggi kutipan minggu pertama, mengatasi rekod kutipan filem Incredibles 2 ($182.7 juta) dan Beauty and the Beast ($174.7 juta)

Sementara itu, filem Spider-Man: Far From Home menambah sebanyak $21 juta dolar pada minggu lalu untuk menjadikan jumlah keseluruhan kutipan domestik AS filem tersebut kini mencecah $319 juta dolarManakala pasaran antarabangsa telah menyumbang sebanyak $651 juta dolar sejak ia ditayangkan, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah $970 juta dolar. Spider-Man: Far From Home dijangka akan melepasi angka $1 billion dolar dalam tempoh beberapa hari ini.

Filem animasi terbitan Disney / Pixar, Toy Story 4 turut mencatat penambahan sebanyak $40.6 juta dolar pada minggu lalu untuk menjadikan jumlah kutipan terkini sebanyak $859.4 juta dolar.

Filem terbaru Paramount Pictures, Crawl berjaya manambah $8.7 juta dolar pada minggu kedua tayangannya untuk menjadi jumlah keseluruhan kutipan sebanyak $33 juta dolar seluruh dunia.

Related posts

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Leave a Comment