Antara misteri dalam filem Star Wars: The Last Jedi akan datang dan sering dijadikan teori oleh peminat-peminat filem Star Wars adalah siapakah Rey sebenarnya dan siapakah ibu dan bapa kepada gadis yang mempunyai begitu kuat kuasa Force sehinggakan Snoke dan Kylo Ren begitu terganggu dengan kuasa yang ada pada dirinya.
Pelbagai teori telah dikeluarkan oleh peminat mengenai misteri gadis tersebut. Semasa kemunculannya dalam filem Star Wars: A Force Awakens, tiada sejarah atau penceritaan disebalik asal usul Rey. Malah Rey juga tidak pernah muncul dalam mana-mana siri animasi Star Wars. Jadi kemuncullannya telah menyebabkan peminat begitu tertarik untuk mencari siapakah ibubapa Rey dan bagaimana dia mempunyai kuasa Force yang begitu kuat.
Antara Teori yang paling kuat mengatakan Rey adalah anak Luke Skywalker memandangkan Luka satu-satunya Jedi Master yang masih wujud selepas event Return of Jedi. Dan satu lagi teori yang menjadi buah mulut peminat Star Wars mengatakan Rey adalah keturunanĀ Obi Wan Kenobi, Brother in arm Anakin dan master kepada Luke Skywalker.
Apa yang menyebabkan teori berkenaan dikeluarkan dari mulut peminat-peminat Star Wars? Bila masa pula pula Obi Wan Kenobi berkahwin? dan siapakah teman wanita Obi Wan Kenobi? mesti ramai tertanya-tanya bukan? Jom kita cari siapakah “Love Interest” Obi Wan Kenobi yang memungkinkan Obi dan kekasihnya berkahwin dan melahirkan anak dan seterusnya melebarkan keturunan Obi Wan sehingga kewujudan Rey.

Dalam mana-mana filem sememangnya tidak menunjukkan Obi Wan mempunyai minat terhadap mana-mana wanita kerana salah satu Jedi Order adalah Jedi tidak boleh berkahwin, tetapi jika anda pernah menonton siri animasi Star Wars: Clone Wars, Obi Wan mempunyai “Love Interest” nya sendiri yang bernama Satine Kryze, puteri dan duta dari sistem Mandalore.
Seperti mana Anakin melindungi Padme, Begitu juga Obi Wan yang melindungi Satine, akhirnya tugas Obi Wan itu telah menyebabkan Satine meluahkan perasaan cinta kepada Jedi tersebut. Walaupun dalam animasi tersebut tidak menunjukkan babak cinta seperti mana Anakin dan Padme, sekurang-kurangnya kita tahu yang Obi Wan sememangnya mempunyai Love interest nya sendiri. Bagaimanapun Satine telah dibunuh oleh pemerintah Mandalore iaitu Maul. Sebelum Mati, Satine sempat meluahkan perasaan cintanya kepada Obi Wan.
Remember my dear Obi-Wan, I loved you always… I always will. – Satine’sĀ
Opss.. bukan Satine sahaja teman wanita Obi Wan, terdapat seorang lagi Teman wanita Obi Wan iaitu Sari Tachi, salah seorang pahlawan Jedi. Obi Wan dan Tachi merupakan kawan rapat sehinggalah masing-masing meluahkan perasaan cinta sebelum mereka terpisah lama dan bertemu kembali. Obi Wan hampir terjurumus ke arah Dark Side apabila Sari Tachi dibunuh oleh Magus, A Bounty Hunter.

Jika anda betul-betul mengikuti siri Star Wars, salah satu sebab Jedi Order melarang Jedi bercinta dan berkahwin keranna tidak mahu mereka berubah kearah Dark Side disebabkan kematian orang tersayang. Lihat bagaimana Anakin Skywalker yang berubah kearah Dark Side disebabkan bimbang akan kehilangan orang tersayangnya, Padme.
Obi Wan juga hampir terjerumus kearah Dark Side disebabkan kematian Sari Tachi namun dia sempat mengawal kemarahannya dan tidak membunuh Magus.
Jadi, jika benarlah Rey adalah berketurunanĀ kepada Obi Wan, kita sekurang-kurangnya tahu siapakah wanita yang bersamanya sehingga melahirkan anak. Mungkin kerana bimbang musuh Jedi mengentahui Obi Wan mempunyai anak atau mahu menggelakkan dari diketahui oleh Jedi Council, Obi Wan menyembunyikan anaknya itu dan kemudian anaknya berkahwin sertaĀ melahirkan anak yang bernama Rey sebelum Rey ditinggalkan di Planet Jakku atas sebab-sebab tertentu.

Artikel yang kami keluarkan ini adalah pendapat kami sahaja berdasarkan rujukan dan kaitan ringkas diantara Filem Star Wars dan siri animasi Star Wars. Jika anda ingin mengentahui dengan lebih lanjut mengenai latarbelakang Obi Wan, anda boleh tonton atau google apa-apa info mengenai siri animasi Star Wars.
Untuk mengentahui misteri disebalik keturunan Rey, kita nantikan filemĀ Star Wars: The Last JediĀ yang akan ditayangkan 14 Disember ini.