Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The King’s Affection” Bermula Baik, “Lovers Of The Red Sky” Terus Mengekalkan Kedudukan Pertama

Drama terbaru KBS 2TV, The King’s Affection telah memulakan episod pertamanya dengan begitu baik sekali.

Menurut Nielsen Korea, episod perdana The King’s Affection telah merekodkan purata rating 6.2 peratus, rating yang hampir sama dengan finale drama sebelumnya, Police University, iaitu 6.3 peratus.

The King’s Affection menceritakan kisah pencintaan terlarang antara Yi Hwi (Park Eun-bin), yang menyamar sebagai saudara kembar putera mahkota yang sudah meninggal dunia, dan tutor putera mahkota, Jung Ji-un (Rowoon). Drama terbaru ini boleh di strim di Netflix.

Sementara itu, drama SBS Lovers of the Red Sky memperoleh purata rating 8.8 peratus, peningkatan 0.3 peratus berbanding episod sebelumnya, yang merekodkan rating 8.5 peratus. Drama ini juga berjaya mengekalkan kedudukan pertama sebagai drama Isnin-Selasa yang paling ramai penonton. 

Drama tvN High Class sekali lagi mencipta rating tertinggi untuk lima episod berturut-turut. Episod terbaru High Class telah mencatatkan purata rating 4.8 peratus dengan kemuncaknya 6.1 peratus. High Class turut mengekalkan kedudukan pertama dalam slot waktunya di semua saluran TV kabel. 

Dibintangi Cho Yeo-Jeong, Kim Ji-Soo,  Ha Joon, Park Se-Jin dan Gong Hyun-joo, High Class boleh ditonton di saluran K-Plus (Astro GO  Saluran 396 HD), setiap hari Selasa dan Rabu, jam 9.15 malam.

Sumber: Soompi

Related posts

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Siri Jenayah Gelap ‘One Ordinary Day’ Dedah Poster Karakter Yang Menampilkan Kim Soo Hyun

Zulaikha

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

Zulaikha

Leave a Comment