Berita

THE INVISIBLE MAN Ungguli Carta Box Office

Views

Selepas kegagalan besar filem The Mummy yang diterbitkan pada 2017, filem ‘Monsterverse’ terbaru Universal Pictures, The Invisible Man berjaya memberi sinar selepas mencatatkan kutipan yang cukup memberansangkan pada minggu pertama tayangannya. Filem reboot arahan Leigh Whannell berjaya meraih $29 juta dolar dipasaran domestik Amerika Syarikat, sekaligus menduduk tangga pertama kutipan box office. Dipasaran antarabangsa, sebanyak $20.2 juta dolar telah berjaya diraih, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah $49.2 juta dolar seluruh dunia.

Dengan modal pembikinan hanya $7 billion dolar dan mendapat rating 90% dari laman Rottentomatoes, The Invisible Man menjadi kejayaan buat studio dan bakal menjadi model untuk filem-filem ‘monsters’ Universal Pictures.

Tangga kedua carta Box Office AS dikuasai filem animasi live action terbitan Paramount Pictures, Sonic the Hedgehog dengan penambahan kutipan tiket sebanyak $16 juta dolar. Filem adaptasi permainan video itu kini mengumpul $265.4 juta dolar seluruh dunia, dan dijangka mengatasi Pokemon Detective Pikachu untuk menjadi filem permainan video yang mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Sementara itu, filem terbaru 20th Century Studios, Call of the Wild jatuh ke tangga ketiga dengan penambahan kutipan sebanyak $13.2 juta dolar. Filem lakonan Harrison Ford ini telah mengumpul $79.2 juta dolar seluruh dunia. Bagaimanapun, kutipan tersebut masih gagal untuk memberi pulang modal kerana ia dihasilkan dengan kos sebanyak $125 juta dolar (tidak termasuk kos pemasaran).

BACA:  Tom Cruise Bakal Sertai Dwayne Johnson, Gal Gadot Dalam Filem RED NOTICE

Filem terbitan FUNimation, My Hero Academia: Heroes Rising telah mencipta kejutan apabila berada dicarta top #5 domestik AS dengan kutipan sebanyak $8.4 juta dolar. Filem anime itu telahpun mengumpul $23.5 juta dolar seluruh dunia.

Tinggalkan Balasan

shares