Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Invisible Man Diklasifikasikan Sebagai ‘R-Rated’


Filem seram terbitan Universal Studios / Blumhouse, The Invisible Man akan diklasifikasikan sebagai ‘R-rated’, lapor laman Bloody-Disgusting.com.

The MPAA has given the film an “R” rating for “some strong bloody violence, and language.”

The Invisible Man mengisahkan tentang Cecilia (Elisabeth Moss), yang menerima berita kematian teman lelakinya yang kasar akibat membunuh diri. Dia kemudiannya membina kehidupan baru yang lebih baik. Namun, dia dapat merasakan sesuatu yang aneh berlaku disekeliling, dan mula mensyaki bahawa bekas teman lelakinya itu sebenarnya masih belum mati.

Turut membintangi filem ini adalah Storm Reid, Harriet Dyer, Aldis Hodge dan Oliver Jackson-Cohen yang memainkan peranan sebagai Invisible Man.

Pada awalnya, The Invisible Man menjadi sebahagian daripada “Dark Universe” yang dibangunkan Universal Studios, namun ianya diubah menjadi sebuah filem ‘standalone’ dengan mengambil pencipta francais Upgrade dan Insidious, Leigh Whannell sebagai penulis dan pengarah projek ini.

The Invisible Man akan menemui penonton pada 28 Februari 2020



Related posts

Mandy Moore & Kumail Nanjiani Bintangi Spin-Off ‘Insidious’

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

Filem Pertama Trilogi “The Exorcist” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha