
Disney+ Hotstar mengumumkan The Good, The Bart, and The Loki, sebuah siri pendek terbaru bertema Marvel dari The Simpsons yang akan dilancarkan pada hari Rabu, 7 Julai.
Dalam siri pendek yang akan datang secara eksklusif ke Disney+ Hotstar, Loki sekali lagi dibuang dari Asgard dan mesti menghadapi lawannya yang paling sukar: wira terkuat Simpsons dan Springfield. The God of Mischief bekerjasama dengan Bart Simpson dalam acara crossover utama yang memberi penghormatan kepada superhero dan villain Marvel Cinematic Universe.
Tom Hiddleston kembali sebagai suara Loki dalam siri animasi pendek ini. The God of Mischief akan dilihat bersama banyak watak kegemaran peminat dari The Simpsons.
The Good, The Bart, and The Loki adalah siri pendek kedua Disney+ Hotstar dari The Simpsons yang menonjolkan jenama dan judul dari perkhidmatan streaming. Siri sebelum ini, yang bertemakan Star Wars, Maggie Simpson in ‘The Force Awakens from Its Nap’ kini boleh ditonton di Disney+ Hotstar.
Lihat poster The Good, The Bart, and The Loki, yang diinspirasikan dari filem Marvel Studios Avengers: Endgame, dibawah.
Episod terbaru siri asli Marvel Studios, Loki akan tersedia untuk di stream pada Rabu ini, hanya di Disney+ Hotstar.