Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Goddess Of Revenge” Bermula Baik, “Delayed Justice” Catat Rating Tertinggi

Drama TV Chosun The Goddess of Revenge memulakan episod pertamanya dengan langkah kanan. 

Menurut Nielsen Korea, The Goddess of Revenge telah memulakan tayangan perdananya pada 21 November yang lalu, dan mencatat purata rating sebanyak 3.4 peratus dan kemuncaknya sebanyak 4.1 peratus. 

The Goddess of Revenge adalah sebuah drama balas dendam misteri yang dibintangi oleh Kim Sa Rang sebagai Kang Hae Ra, seorang wartawan dan penulis yang menjadi “influencers” paling hangat di Korea tetapi jatuh dalam sekelip mata selepas dituduh terlibat dalam skandal palsu.

Dia kemudian mendapat peluang yang tidak dijangka dengan terlibat dalam plot untuk membalas dendam. Dalam proses itu, dia mendapati dirinya berhadapan dengan beberapa orang yang paling kuat dalam masyarakat.

Sementara itu, episod terbaru Delayed Justice mencatatkan rating tertinggi iaitu sebanyak 6.7 peratus, sekali mencipta rekod peribadi drama tersebut.

Drama KBS 2TV, Homemade Love Story terus mendapat sambutan penonton apabila episod terbarunya mencatatkan purata rating sebanyak 25.3 peratus dan 29.5 peratus untuk dua bahagiannya. Akhir sekali, drama tvN Start-Up menikmati peningkatan penonton apabila mencatatkan purata rating sebanyak 4.1 peratus dan 4.8 peratus untuk dua bahagiannya.

Sumber: Soompi

Related posts

8 Drama Korea Menarik Pada Disember 2020

Natasha

“Homemade Love Story” Lepasi Angka 30 Peratus; Rating “The Uncanny Counter” Meningkat Pada Episod Ke-2

Zulaikha

Ultraman Ribut Sertai Minisiri Youtube Terbaru Ultraman!

Kakimuvee

Filem Sci-Fi Korea “Space Sweepers” Akan Ke Netflix

Zulaikha

9 Times We Had A Serious Case Of Second Lead Syndromes

Zulaikha

‘The Moon Rising River’ Lakonan Kang Ha Neul & Kim So Hyun Akan Disiarkan Pada Mac 2021

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating