Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Asia

Review Filem Korea: The Gangster, The Cop, The Devil (2019)


Jang Dong Soo (Ma Dong Seok) adalah ketua geng kongsi gelap. Pada suatu malam ketika hujan, Jang Dong Soo tiba-tiba menjadi sasaran pembunuh bersiri Kang Kyung Ho/K (Kim Sung Kyu). Selepas melawan semula pembunuh bersiri tersebut, Jang Dong Soo mengalami kecederaan yang agak parah tetapi Alhamdulillah kecederaan itu tidak membuatnya mati dan dia satu-satunya mangsa pembunuh bersiri itu yang terselamat. Tetapi reputasinya sebagai ketua kongsi gelap tercemar dan dia ingin mengembalikan imejnya semula dengan menjejak pembunuh bersiri tersebut dan membalas dendam.

Detektif Jung Tae Seok (Kim Moo Yul) membenci ahli kongsi gelap, tetapi dia bekerjasama dengan Jang Dong Soo untuk menangkap pembunuh bersiri Kang Kyung Ho/K.

“Gerakan” yang berbeza dari tiga watak utama, menonjolkan keluar peranan mereka sama rata. Ianya menjadikan penonton menantikan babak setiap kali mereka bertemu, baik antara pembunuh bersiri dan gangster, gangster dan polis atau polis dan pembunuh bersiri. Keserasian antara ketiga-tiga mereka menimbulkan aksi ketegangan dalam konteks menyeronokkan untuk disaksikan.

Sama ada gangster, polis atau pembunuh bersiri, mereka semua gigih, licik dan yang paling penting, kejahatan dengan cara yang sama tapi aksinya berbeza. Kim Mu Yeol, Ma Dong Seok, dan Kim Sung Kyu masing-masing menyuntikkan tenaga yang menarik untuk setiap karakter yang membuatkan penonton terhubung dengan karakter mereka dengan mudah.

Plot penceritaan berjalan sangat laju dan agak pantas, tidak ada masa untuk pengembangan karakter atau untuk analisis mendalam seperti mengapa, kenapa dan apa motif pembunuh bersiri melakukan aksi pembunuhan seperti itu. Penamat cerita agak epik dan dramatik.


Rating Kakimuvee: 8/10


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee