Berita

THE FLASH: Warner Bros. Mungkin Membawa Christian Bale Kembali Sebagai Batman Sekiranya Rundingan Dengan Michael Keaton Gagal

Views

Pada 23 Jun yang lalu, peminat filem-filem DC khususnya yang sabar menanti filem solo The Flash, dikejutkan dengan berita yang agak menarik.

Berita yang dibawakan laman The Wrap mendedahkan, pelakon Michael Keaton sedang dalam rundingan dengan Warner Bros. untuk memainkan kembali peranan Batman dalam filem The Flash. 

Namun, perkhabaran terbaru yang dikongsikan penulis Jeremy Conrad (melalui CBR) mendakwa bahawa, jika perbincangan diantara Warner Bros. dan Keaton tidak berjalan lancar, pihak studio berharap dapat membawa kembali bintang trilogi The Dark Knight, Christian Bale sebagai Batman

Bagaimanapun, penulis itu turut mendedahkan, setakat ini tiada perancangan untuk membawa karakter Batman lakonan Ben Affleck dalam filem The Flash akan datang.

Apapun, perkongsian dari penulis tersebut masih lagi dianggap khabar angin. Tambahan pula, Bale pernah menegaskan dia hanya akan kembali sebagai Bruce Wayne sekiranya ia diarahkan Christoper Nolan. Selain itu juga, penglibatannya dalam filem Thor: Love and Thunder mungkin menyaksikan pelakon tersebut menolak sebarang tawaran dari Warner Bros.

BACA:  Tom Cruise Bakal Sertai Dwayne Johnson, Gal Gadot Dalam Filem RED NOTICE

Pada 2017 yang lalu, Warner Bros. telah mengumumkan bahawa filem The Flash akan diinsprasikan dari komik Flashpoint ciptaan Geoff Johns dan Andy Kubert. Plot Flashpoint telah diangkat dalam bentuk animasi berjudul Justice League: The Flashpoint Paradox pada tahun 2013, dan siri televisyen Arrowverse pada musim ketiga.

Adapatasi Flashpoint ke layar perak bakal memberi peluang kepada pihak studio untuk memperbetulkan kesinambungan DCEU yang kini berada dalam keadaan celaru.

The Flash telah dijadualkan tayangan pada 1 Julai 2022

Tinggalkan Balasan

shares