Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Flash: General Zod Bakal Kembali Ke DCEU

Sudah hampir sembilan tahun sejak tayangan filem Man of Steel arahan Zack Snyder, dan kini nampaknya salah seorang bintang utamanya bersedia untuk kembali ke DC Extended Universe.

Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan Warner Bros. UK baru-baru ini, pihak studio mengesahkan kepulangan Michael Shannon ke DCEU dan calon Oscar itu telah disenaraikan sebagai salah seorang pelakon untuk filem The Flash arahan Andy Muschietti.


Shannon dijangka memainkan semula watak jahatnya sebagai General Zod, yang kali terakhir dilihat oleh peminat menerusi rakaman arkib dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice pada 2016.

The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League. Miller juga membuat penampilan cameo dalam siri crossover The CW, Crisis on Infinite Earths. 

Perincian lebih lanjut mengenai plot filem ini masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan filem terbaru itu akan berdasarkan komik ‘Flashpoint’ karya Geoff Johns dan Andy Kubert. Peminat mula berspekulasi bahawa Warner Bros. dan DC Films mungkin akan menggunakan plot komik tersebut itu membetulkan kontinuiti francais DCEU. 

Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Sasha Calle sebagai Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen. Telah disahkan bahawa Michael Keaton dan Ben Affleck akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Batman dalam filem akan datang. 

The Flash dijadualkan tayangan pada 4 November 2022.

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment