Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“The Flash” Dikhabarkan Akan ‘Padam’ SynderVerse & Cipta Justice League Yang Baharu

Penggambaran filem The Flash arahan Andy Muschietti telahpun selesai pada Oktober yang lalu, dan sama seperti filem bertema ‘Multiverse’ Spider-Man: No Way Home, yang mana banyak khabar angin tersebar sebelum tayangannya, filem terbaru DC yang akan datang itu turut tidak terlepas dengan spekulasi peminat. 

Menurut butiran terbaru yang didedahkan @MyTimeToShineH (via comicbookmovie), The Flash dikatakan akan ‘memadam setiap filem yang dibuat oleh Zack Snyder’, seperti menetapkan semula DCEU. Butiran ini masih lagi dianggap spekulasi, tetapi pengguna Twitter itu mendakwa, dia mendapat sumber dari ‘orang dalam.’

Jika perkhabaran itu tepat, nampaknya Ben Affleck dan Henry Cavill tidak lagi terlibat dalam DCEU selepas The Flash, dengan Supergirl lakonan Sasha Calle akan mengambil alih peranan Superman, Michael Keaton sebagai Batman dan Batgirl (Leslie Grace) bersedia untuk mewarisi mantel Batman selepas filem solonya di HBO Max.

Selain itu juga, The Flash (Ezra Miller) dikatakan akan membentuk Justice League yang baru disamping Wonder Woman (Gal Gadot) dan Shazam (Zachary Levi) pada penghujung filem. 

Setakat ini, tidak banyak butiran yang sahih mengenai The Flash, melainkan filem itu dikatakan mengambil inspirasi dari komik dan animasi ‘Flashpoint’. Seperti yang kita semua tahu, Warner Bros. kini bersemangat untuk keluar dari era “SnyderVerse” susulan selepas pelancaran Zack Snyder’s Justice League, dan ini tidaklah mengejutkan kerana studio itu pun menghasilkan serta merancang beberapa filem dan siri televisyen yang dilihat menjauhi mana-mana filem yang dihasilkan oleh Snyder.

Sementara itu, pengarah Shazam!, David F. Sandberg memberi respon kepada khabar angin peminat mengenai penyertaan Shazam dalam Justice League. 

The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League. Miller juga membuat penampilan cameo dalam siri crossover The CW, Crisis on Infinite Earths. 

Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Sasha Calle sebagai Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen. Telah disahkan bahawa Michael Keaton dan Ben Affleck akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Batman dalam filem akan datang. 

The Flash dijadualkan tayangan pada 4 November 2022.

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment