Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE FLASH: Ben Affleck Gembira Dapat Lakonkan Semula Watak Batman

Ramai peminat tahu bahawa Ben Affleck bersedia untuk mengulangi peranan Batman dalam filem The Flash arahan Andy Muschietti, dan kini, pelakon itu berbicara mengenai keputusannya untuk kembali menyarung sut Dark Knight dan pengalamannya sewaktu menjalani penggambaran Justice League

Dalam wawancara dengan Variety baru-baru ini, Affleck mengatakan dia sangat gembira walaupun sebelum ini berhadapan dengan pengalaman yang cukup sukar. 

“Ini adalah cara yang sangat baik untuk kembali kerana pengalaman sebelum sangat sukar,” ujar Affleck kepada Variety.

“Saya menikmati hari-hari yang senang. Saya suka Ezra [Miller] dan saya berpeluang berjumpa Jason [Momoa], yang sudah berada di UK untuk penggambaran Aquaman.” Affleck sempat bergurau yang dia mungkin disaman sekiranya mengesahkan penglibatannya dalam filem terbaru DC itu. 3.

Tidak dinafikan Affleck – dan sebilangan besar rakan pelakonnya – mempunyai masa yang cukup sukar semasa menjalani penggambaran Justice League dibawah Joss Whedon, yang menggantikan tempat Zack Snyder. Selain itu juga, dia turut mengalami beberapa masalah peribadi. 

Dan, ketika dia dapat kesempatan untuk kembali dan merakamkan beberapa adegan tambahan untuk “Synder Cut” baru-baru ini, dia dengan jelas menikmati kesempatan yang diberikan untuk menyarung semula sut dalam situasa atau keadaan yang lebih baik. 

The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League. Miller juga membuat penampilan cameo dalam siri crossover The CW, Crisis on Infinite Earths. 

Perincian lebih lanjut mengenai plot filem ini masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan filem terbaru itu akan berdasarkan komik ‘Flashpoint’ karya Geoff Johns dan Andy Kubert. Peminat mula berspekulasi bahawa Warner Bros. dan DC Films mungkin akan menggunakan plot komik tersebut itu membetulkan kontinuiti francais DCEU. 

Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Calle sebagau Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen. Telah disahkan bahawa Michael Keaton dan Ben Affleck akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Batman dalam filem akan datang. 

The Flash dijadualkan tayangan pada 4 November 2022.

Strim Zack Snyder’s Justice League (2021)

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment