Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE FLASH: Ben Affleck Akan Menyarung Kembali Sut Batman Bulan Hadapan

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, gambar dari set penggambaran The Flash di Scotland telah menunjukkan Batman beraksi dengan Bat-Cycle, yang diilhamkan dari White Knight. Gambar-gambar tersebut jelas menunjukkan ia adalah Dark Knight versi Ben Affleck, tetapi yang menyarung Batsuit it bukanlah Affleck, tetapi pelakon lagak ngeri. 

Kini, terdapat laporan terbaru yang mengatakan Affleck mungkin berada di set penggambaran The Flash pada bulan hadapan. Penglibatan Affleck dalam filem The Flash sememangnya telah disahkan, cuma kehadiran pelakon itu di set penggambaran masih lagi dinanti-nantikan peminat. 

Ramai dikalangan peminat tidak menjangkakan Affleck akan kembali sebagai Bruce Wayne selepas Justice League, tetapi kesanggupan pelakon itu untuk meneruskan peranannya dalam filem The Flash dan Zack Snyder’s Justice League pasti membuatkan peminat tidak sabar untuk melihat aksi “Batfleck” di layar lebar. 

The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League. Miller juga membuat penampilan cameo dalam siri crossover The CW, Crisis on Infinite Earths. 

Perincian lebih lanjut mengenai plot filem ini masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan filem terbaru itu akan berdasarkan komik ‘Flashpoint’ karya Geoff Johns dan Andy Kubert. Peminat mula berspekulasi bahawa Warner Bros. dan DC Films mungkin akan menggunakan plot komik tersebut itu membetulkan kontinuiti francais DCEU. 

Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Calle sebagau Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen. Telah disahkan bahawa Michael Keaton dan Ben Affleck akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Batman dalam filem akan datang. 

The Flash dijadualkan tayangan pada 4 November 2022.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment