Berita

The Flash Akan Menjadi Jambatan Kepada Semua Watak Dan Garis Masa Filem DC

Views

Semasa acara maya DC FanDome yang lalu, pengarah Andy Muschietti mengesahkan bahawa filem The Flash akan menggunakan elemen 'time travel' dari jalan cerita Flashpoint, dimana ia akan memaparkan Barry Allen pergi ke masa lampau untuk menyelamatkan ibunya dari dibunuh Reverse-Flash. 

Kini, adik Andy yang juga penerbit The Flash, Barbara Muschietti pula mendedahkan bahawa Flash akan menjadi jambatan kepada karakter dan garis masa DC serta akan "memulakan semula semuanya dan tidak akan melupakan apa-apa". Barbara berkata demikian semasa sesi soal jawab FanDome Fan baru-baru ini. 

"Well, I want you to go see it, so I'm not going to tell you a lot,"

But what I will tell you is that it's a ride. It's going to be fun and exciting and there are a lot of DC characters in it. Flash is the superhero of this film because he is the bridge between all of these characters and timelines. And in a way, it restarts everything and doesn't forget anything."

Kenyataan Barbara menunjukkan Flash akan memainkan peranan penting dalam filem-filem DC akan datang, dan membolehkan Warner Bros. untuk terus menggunakan pelakon asal dan dalam masa yang sama, mencari pelakon lain untuk watak yang sama tetapi dalam filem yang berbeza. 

The Flash akan menyaksikan dua versi Batman akan berada dalam filem yang sama iaitu Batman versi Micheal Keaton dan versi Ben Affleck. Andy mendedahkan, kedua-dua watak Batman itu akan memainkan peranan penting – yang mana ia akan memperincikan naratif mengenai penggembaran masa. 

Jadi kepada peminat-peminat DC khususnya Flash, adakah anda teruja dengan konsep 'multiverse' DC? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

The Flash akan menemui penonton pada 3 Jun 2022.

Sumber: Comicbookmovie.com

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares