BeritaSiri TV

The Falcon & The Winter Soldier Ibarat Seperti Filem Berdurasi 6 Jam

Views

The Falcon & The Winter Soldier merupakan salah satu siri televisyen MCU yang akan disiarkan di platform penstriman Disney+. Walaupun ia merupakan rancangan bersiri, pelakon utamanya Anthony Mackie mendedahkan, The Falcon & The Winter Soldier boleh diibaratkan sebuah filem panjang berdurasi 6 jam.

“We’re shooting it exactly like a movie,”

“Everybody who had worked on TV before was like, ‘I’ve never worked on a TV show like this.’ The way in which we were shooting, it feels exactly like we were shooting the movie cut up into the show. So instead of a two-hour movie, a six or eight-hour movie.”

Untuk infomasi, Marvel Studios sebelum ini pernah memberi jaminan bahawa setiap siri MCU akan memiliki kualiti yang sama seperti filem. Ia seperti siri spin off Star Wars, The Mandalorian yang berkualiti filem walaupun ia sebuah rancangan bersiri.

The Falcon and the Winter Soldier dibintangi Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp yang kembali memainkan peranan masing-masing iaitu sebagai Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13. Selain itu juga, ia bakal memperkenalkan beberapa watak terbaru termasuklah U.S Agent lakonan Wyatt Russell.

BACA:  Netflix Bakal Hasilkan Sekuel BIRD BOX

Rancanga bersiri pertama MCU ini akan menemui penonton Ogos ini di Disney+

Tinggalkan Balasan

shares