Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Falcon And The Winter Soldier Telah Memulakan Penggambaran


Penggambaran rancangan siri tv The Falcon and The Winter Soldier telahpun bermula! Pekara tersebut didedahkan ‘showrunner’ Malcolm Spellman yang memuatnaik sekeping gambar berserta kapsyen yang memberitahu pihak Marvel Studios tidak membenarkan foto diset penggambaran.

Anda boleh lihat perkongsian Spellman dibawah.

Dengan bermulanya penggambaranĀ The Falcon and The Winter Soldier,Ā peminat kini boleh menantikan perkembangan terbaru mengenai siri tersebut.

The Falcon and The Winter SoldierĀ dibintangiĀ Anthony Mackie dan Sebastian Stan yang akan membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier.

Mereka akan disertai pelakon Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter serta pendatang baru dalam dunia MCU, Wyatt Russell yang memainkan peranan sebagai U.S Agent.


Setakat ini, plot masih lagi tidak diketahui, tetapi menurut penulis Derek Kolstad, siri ini akan memiliki aura seperti francais John Wick.

The Falcon and The Winter SoldierĀ akan bersiaran sebanyakĀ 6 episod dan akan disiarkan di Disney+ mulai Ogos tahun hadapan.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Ɓlvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee