Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

The Expendables 4 Akan Dihasilkan!

Projek keempat The Expendables sepatutunya bermula beberapa tahun yang lalu. Namun beberapa konflik yang melibatkan para pelakon filem tersebut dengan pemilik Millennium Films, Avi Lerner telah membuatkan projek tersebut digantung.

Dalam perkembangan terbaru, perancangan filem The Expendables 4 nampaknya kembali berjalan apabila Sylvester Stallone berkongsi gambar Barney Ross lakonannya dengan kapsyen “cooking up the next adventure.”

Anda boleh lihat pautan yang dikongsikan dilaman Instagram miliknya dibawah.

https://www.instagram.com/p/Bziv4BBJZAt/?utm_source=ig_web_copy_link

Sylvester Stallone tidak memberikan banyak info mengenai projek terbaru ini, dan ini meninggalkan tanda tanya mengenai siapakah yang akan kembali menyertai Stallone dalam projek akan datang.

Setakat ini Jason Statham dan Dolph Lundgren mungkin akan menyertai Stallone, tetapi dijangkakan filem terbaru ini akan disertai banyak muka-muka baru disebabkan beberapa pelakon asal seperti Jet Li, Wesley Snipes dan Harrison Ford telahpun meninggalkan francais ini

Apapun kita nantikan perkembangan filem The Expendables 4 dimasa akan datang. Kepada peminat-peminat filem aksi, adakah anda tidak sabar menantikan filem keempat The Expendables? kongsikan pendapat anda.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment