Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE ETERNALS: Salma Hayek Teruja Menjadi Ketua Kepada Adiwira

Salma Hayek memainkan pelbagai peranan yang berbeza sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi filem adiwira Marvel The Eternals menandakan lakonan pertama pelakon Mexico-Amerika itu ke dalam dunia filem komik. Ketika ditemubual majalah Total Film baru-baru ini, aktres tersebut mendedahkan bahawa dia teruja memainkan peranan sebagai adiwira Latin yang terkenal.

“Pada umur 53 tahun – akhirnya! – saya menjadi adiwira” – ujar Hayek.


“Saya memainkan peranan sebagai Ajak, yang merupakan pemimpin adiwiri dan semuanya adalah orang yang tidak pernah anda bayangkan. Kecuali Angelina [Jolie]. Angelina – dia dilahirkan sebagai seorang superhero! “

Karakter Ajak dalam filem sangat berbeza dari komik. Berdasarkan komik Marvel, Ajak merupakan seorang lelaki dan digambarkan sebagai adiwira yang tidak pernah mengambil peranan sebagai ketua (kecuali ketika dia memimpin kumpulan yang digelar The God yang ketika itu menjadi penjahat).

The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok  sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi berdasarkan sinopsis yang dedahkanThe Eternals akan ditetapkan dalam dua era berbeza iaitu berlatarbelakangkan kota purba Babylon yang wujud ribuan tahun dahulu dan era selepas peristiwa Avengers: Endgame.

Diarahkan Chloe Zhao berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo, filem kedua fasa 4 MCU ini telah ditunda ke tarikh 12 Februari 2021 selepas Black Widow ditangguhkan ke bulan November.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment